Ujian Komputer Lesen Memandu - Ujian Komputer Lesen Kereta - Ujian Komputer Lesen Motor

Untuk memandu sebuah kenderaan baru atau terpakai di jalan raya, setiap individu itu perlu mempunyai lesen motorsikal atau lesen memandu kereta yang sah. Sebelum mendapat lesen yang sah, calon perlu menduduki kelas teori atau kpp01. Tempoh masa peperiksaan berkomputer ujian lesen memandu adalah 1 jam. Lesen L akan hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika calon lulus ujian undang-undang jalan raya yang juga merangkumi sistem kejara.

Calon juga dikehendaki belajar memandu daripada guru yang ditauliahkan oleh JPJ sahaja sebelum mendapatkan lesen percubaan.

Laman web ini menyediakan sistem latihan peperiksaan untuk calon berlatih menjawab soalan ujian sebelum menduduki ujian berkomputer lesen memandu sebenar JPJ. Mengambil dan membuat lesen tidaklah sesukar mana jika kita sudah bersedia. Jadi mengapa perlu membazir wang jika gagal didalam ujian sebenar? Tahukah anda, kebanyakan calon yang gagal bukanlah kerana soalan yang sukar, tetapi kerana calon itu tidak bersedia dan gugup ketika menjawab soalan.

Tahukah anda bagaimana perasaan setelah berjaya lulus dalam ujian undang-undang lesen memandu? Bayangkan kereta atau motorsikal idaman anda hanya selangkah sahaja lagi untuk dipandu dan ditunggang. Jadi apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang.

Untuk memperbaharui lesen memandu, anda boleh berbuat demikian di cawangan jpj atau pejabat pos berhampiran.

Fakta Dari Polis Diraja Malaysia

  • 7 ribu kematian setahun akibat kemalangan jalan raya
  • 95% punca kemalangan adalah atas sikap dan kecuaian pemandu sendiri